Wednesday, February 4, 2009
~4:23 PM
I was so happy the whole day! Cos the post from Mira made me smile real wide! Nothing could ever take that smile off me today. That's the post below. Those who understand malay, that's good cos the language is excellent! It was simply amazing! Thank you so much, Mira. You're truly such a wonderful insan. You're a blessing for everyone. Terima kasih :)
mutiara hati.fitrah kasih.
lelaki ini.
manis senyumannya.
riang tawanya.
lelaki ini.
luhur hati budinya
sopan tutur katanya
apa lagi yang dapat ku kata
si dia, yang istimewa
si dia yang peramah
tidak pernah kenal erti kalah
setiap detik hidup dianngap sebuah hidayah
setiap saat tidak pudar mengingati orang-orang yang dicintai
sentiasa berusaha
mengukir senyuman di bibir mereka
walau hanya sekadar senyum sesaat,
beliau telah memberi sinar hidup kepada mereka
tidak kira usia atau darjat,
kaya atau miskin
cacat atau sempurna
diangap semua teman hidupnya
beliau tahu,
mereka anugerah untuknya
tangan yang sering memberi,
tidak kira wang atau tenaga
penat atau lelah
beliau ikhlas membantu
pendirian tegas
kuat prinsip
semangat jitu
itulah bekalan dirinya
si dia, yang kutemu tidak lama dahulu.
si dia yang kusangka hanya sekadar insan biasa.
namun rupa-rupanya beliau bagai permata yang berharga.
bagaikan mutiara hidupku.
persahabatan dijalin antara aku dengannya.
tidak sekalipun aku menyesali diberi peluang untuk menjalin persahabatan itu.
lelaki ini.
seorang yang amat aku segani kerana budi pekertinya.
yang kusayangi kerana ketulusan hatinya.
yang ku hargai kerana fitrah kasihnya.
seorang insan misali. sempurna. suci.
lelaki ini.
pintar.
bijak berbahasa
pandai bertutur
pantas pemikirannya
mutiara hidupku
terima kasih kerana engkau telah menerima aku dalam hidupmu.
lelaki ini.
doa kupohon
diberinya taufik dan hidayah
diberinya kekuatan zahir dan batin
sebagai bekal melalui hari-harinya dengan tenang dan sejahtera
aku tidak menyesal
tidak sama sekali
kerana aku tahu
dia adalah anugerah yang terbaik untukku
lelaki ini.
muhd zaki
fitrah kasihku